PAPAR: Lelaki autisme yang dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling, di sini semalam, ditemui dengan selamat.
Mangsa Muhd Nuh Ibrahim Mohd Eddie Bahrin, 24, ditemui oleh orang awam di Kampung Benoni, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, mangsa selamat dan kini bersama keluarganya.
“Ahli keluarga mangsa datang ke BBP Papar dan melaporkan mangsa (Muhd Nuh) ditemui oleh orang awam di Kampung Benoni dalam keadaan selamat.
“Mangsa kemudian diserahkan kepada ahli keluarganya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 9.17 malam.
Terdahulu, mangsa Muhd Nuh dilaporkan hilang di Kampung Sumbiling Mogon, semalam.
Kehilangan Muhd Nuh disedari oleh bapanya kira-kira jam 7 pagi.
Pasukan bomba yang menerima panggilan jam 5.15 petang semalam segera ke lokasi dan operasi SAR dijalankan di kawasan kampung. – Info X