Search

Lelaki didakwa edar 74.8 kg syabu

July 22, 2026

Info X Reporters

TAWAU: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 74.87 kilogram (kg).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan letak kereta sebuah bangunan di Jalan Tun Hamdan, di sini, pada 12 Julai lalu.

Tertuduh, Sopian Mustafa, 40, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjum, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar 74,866 gram methamphetamine di kawasan letak kereta sebuah bangunan di Jalan Tun Hamdan, di sini pada jam 10.30 malam, 12 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, tertuduh turut berdepan hukuman sebat tidak kurang 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh diwakili peguam Prem Elmer Ganasan.

Tiada ikan jamin tidak dibenarkan terhadap tertuduh, manakala 20 Ogos depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes di Mahkamah Tinggi. – Info X