Search

Lelaki ditahan, ugut isteri dan cekik anak

February 21, 2025

Info X Reporters

TAWAU: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai mencekik leher anaknya dan mengugut isterinya selepas tidak berpuas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh yang dibuat wanita terbabit.

Suspek berusia lingkungan 40-an ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sekitar bandar Tawau, jam 2.20 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku di sekitar perumahan Taman Semarak, 27 Disember tahun lalu.

Katanya, suspek yang juga suami kepada mangsa seorang jurujual berusia 39 tahun yang dikatakan sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan permohonan cerai dan tuntutan fasakh yang dibuat oleh isterinya.

“Suspek sering mengganggu mangsa sejak permohonan itu dikemukakan. Dalam kejadian terbaru, suspek bertindak agresif dengan mencekik anak mereka sebelum mengugut mahu mencederakan isterinya.

“Mangsa yang ketakutaj segera membuat laporan polis bagi mendapatkan perlindungan,” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Menurutnya suspek dibawa ke IPD Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.

“Polis memandang serius berkaitan kes keganasan rumah tangga dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang mengancam keselamatan ahli keluarga mereka,” tegasnya. – Info X