Search

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam kereta

January 5, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam kereta berhampiran Taman Sinar, Jalan Bukit Temasu, Luyang, di sini, pagi tadi.

Mayat lelaki berusia 69 tahun itu ditemui dalam Perodua Viva yang diparkir di tepi dengan keadaan enjin masih hidup.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.03 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas digerakkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah kereta jenis Perodua Viva terkunci dan terdapat seorang mangsa berada dalam kereta dengan keadaan tidak sedar diri.

“Tindakan pasukan bomba membuka pintu kerete dengan menggunakan peralatan khas dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas pemeriksaan dijalankan dan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 10.22 pagi,” katanya. – Info X