Search

Lelaki ditemui meninggal dunia selepas dilapor hilang ketika ke hospital

January 14, 2026

Info X Reporters

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu di Kampung Siasai Tamu, di sini, ditemui meninggal dunia, petang tadi.

Mangsa Manang Joh, 55, berjaya ditemui pada jam 4.13 petang di Sungai Lebak Engad, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat penduduk kampung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri dibawa kentebing oleh pasukan operasi.

Katanya, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di Sungai Lebak Engad, Kota Belud.

Terdahulu dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya kira-kira jam 6 pagi, dipercayai dengan tujuan ke Hospital Kota Belud untuk mengambil ubat.

Mangsa yang kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berwarna biru turquoise disedari hilang selepas dikatakan tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.

Mengikut laporan pihak berkuasa, mangsa mempunyai masalah kesihatan, sedang mendapat rawatan di Hospital Kota Belud dan memiliki kad OKU. – Info X