SANDAKAN: Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di Lorong 3, Kampung Batu Putih, di sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang rentung dikenali sebagai Mohd Zarman Salamat, 30.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung, berkata bomba menerima panggilan pada jam 5.05 pagi dan menghantar sepasukan 12 anggota bersama tiga jentera ke lokasi itu.
Katanya, kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis tidak kekal dan sebuah kedai dengan api cuma dapat dikawal pada jam 5.34 pagi.

“Mangsa ditemui kira-kira 30 minit selepas api berjaya dikawal di bahagian tengah rumah dipercayai bilik tidur mangsa.
“Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini. – Info X