KOTA MARUDU: Usaha mencari lelaki yang dilaporkan hilang di kawasan hutan belakang rumahnya di Kampung Delima Darat Pitas, disambung esok pagi.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua hari ini melibatkan anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi keselamatan dan orang kampung.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kawasan pencarian hari ini dibahagikan kepada tiga sektor.
“Sektor A membabitkan keluasan 200,533.3 meter persegi manakala sektor B dan C masing-masing dengan keluasan 186,456.93 dan 450,115.35 meter persegi.
“Namun setakat petang tadi tiada petunjuk baru diperoleh,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, mangsa belum ditemui dan operasi SAR ditangguhkan pada 4.30 pagi.
“Operasi SAR akan disambung esok dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Mangsa Jasbidin Balon, 40, dilaporkan hilang di kawasan hutan belakang rumahnya.
Kejadian itu disedari isteri mangsa pada jam 10 pagi, 23 Disember lalu sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa pada keesokkan.
Operasi kemudian dilakukan JBPM Sabah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang kampung. – Info X