Search

Lelaki lemas ketika menangkap ikan

September 15, 2025

Info X Reporters

KUALA PENYU: Seorang lelaki ditemui lemas dipercayai ketika menangkap ikan di kawasan laut Kampung Batu Linting, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang berusia 20 tahun ditemui pasukan penyelamat kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas, kira-kira jam 1.45 tengah hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Penyu, Zulhalim Abidin, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.15 tengah hari dan menghantar lapan anggota ke lokasi itu.

Katanya, operasi turut membabitkan anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Mangsa ditemui sebaik saja selepas operasi dimulakan.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi,” katanya.

Zulhalim berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut. – Info X