Search

Lelaki melecur dalam kebakaran

July 10, 2023

Info X Reporters

KINABATANGAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun melecur dalam kebakaran rumah di sebuah ladang di Paris 1, di sini, hari ini.

Mangsa melecur 45 peratus pada anggota badan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 11.35 pagi.

Katanya, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi kebakaran. – Foto/Bomba

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah terbakar 95 peratus dan telah dipadamkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Terdapat seorang mangsa melecur dan dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tiada operasi pemadaman dijalankan dan seterusnya pasukan bomba membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada bahaya lain.

“Operasi ditamatkan pada 12.59 tengah hari,” katanya. – Info X