TAWAU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menjalankan kegiatan perjudian loteri secaram haram.
Tertuduh Wong Yit Soon, 39, mengaku bersalah di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun selepas pertuduhan dibacakan.
Tertuduh dihukum mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) yang memperuntukan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 15 Julai lalu kira-kira jam 2.15 petang bertempat di kawasan kedai Jalan Kuhara.
Tertuduh didapati memiliki tiga keping kertas bercetak yang telah disahkan sebagai resit pertaruhan loteri awam tanpa lesen.
Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh dihukum penjara bermula tarikh sabitan kes dengan kes pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin. – Info X