Search

Lelaki warga asing ditahan cuba tawar rasuah kepada polis

February 8, 2024

Info X Reporters

SANDAKAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana disyaki cuba menawarkan rasuah kepada anggota polis.

Suspek berusia dalam lingkungan 20 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Sabah cawangan Sandakan, kira-kira jam 6 petang semalam.

Menurut sumber, suspek itu dikatakan cuba menawarkan kira-kira RM100 kepada anggota penguat kuasa sebagai balasan untuk tidak dikenakan sebarang tindakan atas pelbagai kesalahan di pusat bandar Sandakan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki warga asing terbabit.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan menawarkan rasuah kepada penjawat awam.

Beliau turut memuji tindakan anggota polis terbabit yang menolak tawaran rasuah berkenaan.

“Saya menyeru supaya lebih ramai penjawat awam terutamanya daripada agensi-agensi penguat kuasa untuk melaporkan kesalahan rasuah kepada SPRM,” katanya. – Info X