Search

Lengan kanak-kanak tertusuk besi

September 18, 2024

Info X Reporters

NABAWAN: Seorang kanak-kanak lelaki menanggung kesakitan selepas lengan kanannya tertusuk besi akibat terjatuh, sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nabawan, di sini, hari ini.

Besi panjang yang menusuk lengan kanak-kanak berumur 10 tahun itu bagaimanapun, menyukarkan pihak klinik mencabutnya.

Berikutan itu, khidmat bomba dipanggil untuk memotong besi berkenaan bagi memudahkan proses penbedahan mencabut besi terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nabawan, Pegawai Bomba Tinggi II, Rudy Mekii berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.44 petang.

Katanya, pasukan bomba bertindak memotong besi berkenaan dengan menggunakan peralatan khas ‘grinder’.

Pasukan bomba memotong besi yang tertusuk pada lengan mangsa. – Foto/Bomba

“Anggota bomba membuat pemotongan untuk memendakkan besi berkenaan bagi memudahkan pihak perubatan membuat pembedahan.

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak klinik untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan pada jam 5.04 petang. – Info X