Search

Lima lelaki ditahan cuba curi kayu arang

April 19, 2023

admin

TAWAU: Cubaan lima lelaki mencuri kayu arang gagal apabila berjaya ditahan di kawasan kilang di Tanjung Batu Laut Logpond, di sini, Ahad lalu.

Kelima-lima suspek berusia 38 hingga 69 tahun ditahan selepas dikesan pengawal pengawal keselamatan sebelum meminta bantuan rakan setugas untuk menahan semua suspek.

Polis menahan kelima-lima suspek yang cuba mencuri kayu arang di kawasan kilang di Tanjung Batu Laut Logpond, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, bertindak atas maklumat dan aduan, sepasukan anggota Ronda Cegah Jenayah (RCJ) dari Balai Polis Tawau digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, anggota polis membuat tangkapan kelima-lima suspek lelaki di kawasan kilang berkenaan dipercayai terbabit dalam kejadian curi.

Guni berisi kayu arang dimuat dalam van yang dicuri suspek.

“Hasil pemeriksaan dokumentasi mendapati, empat suspek terbabig tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai warga asing.

“Polis turut merampas sebuah van yang digunakan dalam kegiatan berkenaan bersama lapan guni kayu arang yang dicuri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Jasmin berkata, semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan selanjutnya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya. – Info X