Search

Lima rumah musnah terbakar

January 19, 2024

Info X Reporters

PENAMPANG: Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Timpoluon Babagon, Jalan Penampang – Tambunan, di sini, petang tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 5.30 petang.

Katanya, seramai 22 pegawai dan anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang dan Kota kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran membabitkan lima rumah jenis tidak kekal.

“Kerja-kerja memadam kebakaran masih dijalankan oleh pasukan bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan bomba melakukan operasi pemadaman api dalam kebakaran di Kampung Timpoluon Babagon, Penampang.

Menurutnya, pasukan bomba mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran disebabkan keadaan rumah yang rapat.

“Selain itu tiada pili bomba serta sumber air berhampiran. Lima rumah musnah.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – Info X