Search

Lima termasuk dua pelancong China cedera dalam kemalangan tiga kenderaan

February 2, 2025

Info X Reporters

SEMPORNA: Dua pelancong warga China antara lima yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 38 Jalan Semporna-Tawau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, semua mangsa hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd Sabri Zainol berkata,
Katanya, Kemalangan itu membabitkan bas persiaran, pacuan empat roda dan kereta jenis Perodua Bezza.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati bas persiaran bergerak dari arah Semporna menuju ke Tawau, manakala kereta Perodua Bezza dan pacuan empat roda itu pula dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Perodua Bezza dipandu lelaki berusia 26 tahun itu masuk ke laluan bertentangan dan mengakibatkan berlaku pelanggaran dengan bas persiaran.

“Bas persiaran yang membawa dua pelancong China itu juga turut dilanggar oleh sebuah pacuan empat roda dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan media,” malam ini.

Menurutnya, semua kenderaan berkenaan mengalami kerosakan teruk, namun tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

“Ketiga-tiga pemandu kenderaan terbabit serta dua pelancong warga China mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk menerima rawatan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut kaedah Rule 10 166/59,” katanya.

Mohd Sabri menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memandu dengan lebih cermat, berhati-hati dan bertimbang rasa semasa di jalan raya. – Info X