Search

Mangsa banjir di Penampang meningkat, 78 dipindahkan setakat ini

July 1, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seramai 78 mangsa daripada 28 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat banjir yang melanda Penampang, setakat jam 4 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, kesemua mangsa terbabit kini ditempatkan di PPS Pusat Kebudayaan Penampang.

Katanya, Jumlah itu membabitkan 22 lelaki dan 31 wanita dewasan selain 17 kanak-kanak lelaki dan lapan kanak-kanak perempuan.

Menurutnya kenyataan itu lagi, angka berkenaan juga meningkat berbanding setakat jam 8 malam, semalam iaitu seramai 51 mangsa daripada 16 keluarga. – Info X