Search

Mangsa banjir di PPS turun, semua PPS di Kota Marudu ditutup

February 22, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di utara Sabah yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 3,266 orang berikutan penutupan sepenuhnya empat PPS di Kota Marudu pada Ahad.

PPS yang masih dibuka setakat jam 4 petang Ahad ialah di Pitas dengan seramai 2,171 mangsa daripada 1,078 keluarga masih berlindung di 10 PPS dan di Paitan dengan seramai 850 mangsa daripada 268 keluarga di 12 PPS.

Turut kekal ialah seramai 245 mangsa daripada 55 keluarga yang dipindahkan ke sebuah PPS akibat banjir di Tawau.

Terdahulu, semua empat PPS di Kota Marudu yang menempatkan 1,929 mangsa banjir di daerah itu ditutup sepenuhnya pada jam 11 pagi Ahad selepas keadaan banjir di semua kampung terjejas dilaporkan pulih. – Info X