Search

Mangsa bot berlanggar ditemukan terdampar di pantai Pulau Mengalum

May 10, 2026

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut susulan insiden pelanggaran bot di perairan Pulau Mengalum, di sini, 4 Mei lalu ditemukan meninggal dunia hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Nur Amin, 21, ditemukan terdampar di pantai Pulau Mengalum kira-kira jam 10.30 pagi oleh ahli keluarganya yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) bersama pasukan penyelamat.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Taman-Taman Sabah kira-kira jam 1.10 tengah hari.

Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk tindakan lanjut termasuk bedah siasat.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang selepas kejadian pelanggaran bot kira-kira jam 9.30 pagi pada 4 Mei lalu di perairan Pulau Mengalum. – Info X