Search

Masidi umum RM50,000 tambah baik kemudahan rumah anak yatim RPH

April 16, 2023

admin

RANAU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mengumumkan peruntukan khas RM50,000 untuk kerja-kerja penambahbaikan kemudahan dan pengurusan Rumah Putera Harapan (RPH), di sini.

Pengumuman itu dibuat pada majlis perasmian surau RPH dan majlis berbuka puasa bersama pengurusan serta pelajar-pelajar RPH, di Kampung Lohan Skim 2, di sini, semalam.

“Diharap sumbangan ini mampu membantu pihak RPH dalam menambah baik pengurusan dan pentadbiran bagi mengelola rumah anak yatim ini,” katanya.

Pada majlis itu, Masidi turut menandatangani plak sebagai tanda merasmikan surau yang baru dibina sambil disaksikan pihak pengurusan RPH dan jemputan yang hadir.

Turut hadir pada majlis iatu ialah ADUN Dilantik, Datuk Amisah Yassin, Pengerusi PELADANG Kinabalu Ranau, Datuk Faimin Kamin, Pengerusi RPH Sunoto Yahmin, Pengurus RPH Ranau, Mohd Sabri Abdullah, YDP ABIM Cawangan Ranau, Mohd Fazlie Middie serta AJK Gagasan Rakyat Bahagian Karanaan dan Paginatan.

Sepanjang bulan Ramadan ini RPH aktif menganjurkan aktiviti keagamaan termasuk Solat Sunat Tarawih bertujuan memupuk ikatan Silaturrahim dan ukuwah untuk masyarakat sekitar dan pelajar RPH. – Info X