Search

MAXIMUS LEPAS JAWATAN PRESIDEN PBS DALAM TEMPOH 3 TAHUN LAGI

June 28, 2022

admin

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Maximus Ongkili berkata, beliau bersedia melepaskan jawatannya sebagai peneraju parti itu dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Katanya, tempoh yang diberikan itu adalah bagi membolehkan parti berkenaan mengenal pasti calon yang sesuai bagi menggantikan tempatnya.

“Ada garis masa untuk parti, sekurang-kurangnya mereka tahu Maximus akan letak jawatan sebelum atau pada kongres akan datang yang berlangsung tiga tahun lagi.

“Calon yang berpotensi (menggantikan tempat beliau) kita akan kenal pasti, mungkin akan muncul pada pemilihan Khamis nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan persidangan tahunan perwakilan pemuda dan wanita PBS, di sini, hari ini.

Maximus sebelum ini diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden pada pemilihan kali ini selepas beliau tidak dicabar oleh mana-mana pemimpin parti itu. – Info X