Search

Mayat lelaki disambar buaya ditemui tidak sempurna

February 28, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Lelaki yang hilang selepas disyaki disambar buaya di sungai Kampung Sungai Batang Baru, Batu 10, di sini, semalam ditemui maut dalam keadaan tidak sempurna akibat dibaham buaya, hari ini.

Mayat mangsa Ramli Mohd Isa, 50, ditemui oleh orang awam pada jam 8.44 pagi ini iaitu hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilaksanakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak 400 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang disyaki disambar reptilia berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 9.34 pagi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, mangsa dikatakan sedang menabur baja ke dalam sungai untuk memulakan aktiviti merambat ikan sebelum disambar reptilia berkenaan.

Operasi SAR segera dijalankan selepas pihak polis menerima maklumat pada jam 5.40 petang, semalam. – Info X