Search

Mayat lelaki ditemui dipercayai salah seorang dari mangsa hilang di laut Membatu

March 12, 2024

Info X Reporters

LAHAD DATU: Mayat lelaki dipercayai salah seorang mangsa yang dilaporkan hilang bersama seorang rakannya di laut Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait, Sabtu lalu ditemui terdampar di Pulau Gaya, Semporna, tengah malam tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Penolong Penguasa Bomba, Riki Mohan Singh Ramday berkata berkata, mangsa ditemui oleh orang awam di Pulau Gaya, Semporna, pada 12.30 tengah malam.

“Identiti mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti.

“Siasatan lanjut masih dijalankan sama ada mayat itu kemungkinan lelaki yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, operasi SAR kemudian diteruskan bagi pencarian mangsa kedua.

“Pencarian dijalankan di pesisir pantai dari Kampung Makuau menuju ke Kampung Bakapit.

“Bagaimanapun setakat petang tadi mangsa kedua belum ditemui dan operasi ditanggungkan pada jam 5 petang.

“Operasi SAR akan disambung esok pada,” katanya.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha pencarian mangsa kedua di pesisir pantai dari Kampung Makuau menuju ke Kampung Bakapit. – Foto/Bomba

Semalam, dua lelaki dikhuatiri lemas selepas hilang ketika memancing di perairan Membatu, Pulau Gaya dan Pulau Bait, di sini, Sabtu lalu.

Mangsa Jufli Sahuddin, 43, dan Amran Kalu, 45, disedari hilang apabila kedua-dua mereka gagal dihubungi. – Info X