Search

Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung di Pulau Berhala

November 20, 2023

Info X Reporters

SANDAKAN: Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan terapung di laut di perairan Pulau Berhala, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pihaknya menerima maklumam awam berkenaan penemuan itu pada jam 1.50 petang.

Katanya, mayat lelaki lengkap berpakaian itu ditemukan kira-kira 1.2 kilometer dari jeti perkampungan Pulau Berhala.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis di lokasi, mendapati mangsa adalah warga tempatan dan berusia 66 tahun.

“Mayat berkenaan terus dihantar ke ke Jabatan Forensik Hospital Duchess of Kent Sandakan dan bedah siasat akan dijalankan hari ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, siasatan polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan khianat berlaku terhadap mangsa.

“Bagaimanapun, polis masih meneruskankan siasatan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sub Inspektor Baharudin Mohamad di talian 0194008131 / 089221252,” katanya. – Info X