KOTA KINABALU: Mayat seorang wanita ditemui oleh pasukan bomba selepas membuka pintu sebuah rumah yang terkunci di Taman Likas Jaya, di sini, petang tadi.
Mangsa yang belum dikenal pasti identitinya ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi katil bilik tidur rumahnya.
Jurucakap Pusat Gerakan (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada hospital memohon bantuan untuk membuka pintu pagar terkunci dan dilaporkan terdapat mayat wanita di dalam rumah berkenaan, 4.24 petang.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama jentera digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Sebaik tiba di lokasi itu, pasukan bomba bertindak membuka pintu pagar terkunci menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mayat mangsa dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi kemudian ditamatkan pada 4.45 petang. – Info X