KOTA KINABALU: Sebuah menara penghantaran elektrik dilaporkan tumbang di Ranau, dipercayai punca lapan daerah di pantai timur terputus bekalan elektrik, pagi ini.
Difahamkan menara terbabit menghubungkan grid elektrik dari pantai barat ke pantai timur Sabah yang berfungsi menghantar bekalan ke semua daerah di kawasan itu.
Bagaimanapun, maklumat lanjut berhubung insiden itu belum diketahui setakat ini, sehingga Sabah Electricity mengeluarkan kenyataan rasmi.
Syarikat utiliti itu dijangka mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.
Sementara itu, beberapa pengguna media sosial berkongsi video yang melaporkan menara tumbang di Ranau.
Berdasarkan video yang tular, kabel elektrik kelihatan merintangi jalan raya hingga menyebabkan lalu lintas tersekat. – Info X