KOTA KINABALU: Lapan daerah di kawasan pantai timur dilapor terputus bekalan elektrik, pagi ini.
Berdasarkan maklumat di Facebook Sabah Electricity Careline, bekalan terputus di seluruh Telupid, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau.
Katanya, punca gangguan sedang dikenal pasti.
Setakat ini, Sabah Electricity belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan gangguan berkenaan. – Info X