Search

Menyamar polis? Dua lelaki dicekup bersama peralatan PDRM dan syabu

January 23, 2026

Info X Reporters

TAWAU: Cubaan dua lelaki menyembunyikan pergerakan mereka terbongkar apabila polis menemui peralatan menyerupai milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dadah dipercayai jenis syabu dalam satu rondaan di kawasan Fajar, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek warga tempatan berusia antara 32 hingga 43 tahun ditahan selepas sepasukan anggota Balai Polis Tawau mengesan kenderaan mereka dalam keadaan mencurigakan di hadapan sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pemeriksaan menemui vest pantylilan bertulis ‘PDRM’, topi bercorak loreng serta satu paket syabu seberat kira-kira 0.10 gram.

“Kedua-dua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 89 Akta Polis 1967. – Info X