Search

MOSAR BANTU PENDAKI TERSELIUH

July 26, 2022

admin

RANAU: Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR), hari ini, membantu seorang pendaki yang mengalami kecederaan di kilometer 5.8, Panalaban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, lelaki warga tempatan berusia 27 tahun terbabit dilaporkan terseliuh buku lali kaki kirinya dan terpaksa dibawa turun untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.47 pagi.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan 18 anggota dan pegawai termasuk Mosar serta malim gunung dan anggota Taman-Taman Sabah (TTS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi mangsa, pasukan Mosar terus memberikan rawatan awal bagi memastikan mangsa dalam keadaan stabil dan selamat.

“Mangsa kemudiannya dibawa turun ke ‘Timpohon Gate’ menggunakan ke Robinson Strecher oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dihantar ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.10 petang. – Info X