RANAU: Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MOSAR) menyelamatkan Porter yang mengalami loya ketinggian atau akut gunung (AMS) dan gastrik di Gunung Kinabalu, hari ini.
Ivescargarcia Geoparry, 16, mengalami akut gunung dan gastrik di Kilometer (km) 4 Layang-Layang.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pasukan MOSAR bersama kakitangan Taman-Taman Sabah bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 2 petang.

“Tindakan pasukan bomba MOSAR dan Taman-Taman Sabah membawa turun mangsa dengan menggunakan Robinson Strecher ke Timpohon Gate.
“Seterusnya mangsa dihantar ke Hospital Ranau menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi kemudian ditamatkan pad 4.45 petang. – Info X