Search

Najib kekal di penjara, permohonan tahanan rumah ditolak mahkamah

December 22, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.

Hakim Alice Loke Yee Ching, ketika menolak semakan kehakiman Najib memutuskan titah adendum Yang di-Pertuan Agong mengenai penahanan di rumah itu tidak sah di sisi undang-undang.

“Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut bukanlah satu perintah yang sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.

“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian,” kata hakim itu seperti dilapor malaysiakini. – Info X