Search

Ong Chun Seong diburu polis bantu siasatan kes dadah

March 19, 2026

Info X Reporters

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Sabah sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes narkotik di daerah Penampang.

Individu dikenali sebagai Ong Chun Seong, 37, itu dikehendaki berhubung kes bernombor Penampang/000243/2026 dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi talian 088-712222 atau 088-723961, atau terus kepada pegawai penyiasat Insp Mohd Ariff Jali di talian 011-33855989.

Kerjasama orang ramai amat dihargai bagi membantu siasatan. – Info X

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah