Search

Pangsapuri Taman Nelly terbakar

February 10, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Tiga unit rumah pangsapuri di tingkat empat, Blok D, Taman Nelly, Kolombong, di sini terbakar petang ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.17 petang.

Katanya, seramai 30 pegawai dan anggota bersama empat jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Lintas, Kota Kinabalu dan Penampang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan tiga unit rumah di tingkat empat.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran dari sumber air jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Pasukan bomba memadam kebakaran membabitkan tiga unit rumah pangsapuri di tingkat empat, Taman Nelly, Kolombong yang terbakar. – Foto/Bomba

Menurutnya, operasi dilaporkan terkawal pada 5.50 petang.

“Sebuah unit rumah terbakar 100 peratus manakala dua lagi terkena bahangan.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit. Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya. – Info X