Menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu sebagai ‘Raja Kontroversi’, Christopher berkata Sabah tidak mengalu-alukan sebarang perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
“Kita tidak mahu jenis politik yang mereka amalkan dibawa ke Sabah, apa yang berlaku di Semenanjung, biarkan setakat di sana saja,” katanya mengulas kehadiran Dr Akmal di Sabah, Jumaat lalu.
Mengenai penahanan Dr Akmal di Sabah Jumaat lalu, Christopher berkata, pihak polis mungkin memilih Sabah untuk mengambil keterangannya kerana pihak berkuasa yakin tidak mungkin berlaku rusuhan di negeri ini.
Katanya, rakyat Sabah secara umumnya adalah orang yang tenang dan bertoleransi, selain tidak menjadikan rusuhan sebagai amalan di negeri ini.
Jumaat lalu, Dr Akmal ditahan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk diambil kenyataan.
Ia dipercayai mengenai isu stoking tertera kalimah Allah yang dikaitkan dengan Pasaraya Mini KK Mart. – Info X