KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah menerima empat ketua jabatan yang baharu berkuat kuasa, hari ini.
Mereka ialah Senior Asisten Komisioner (SAC) SAC Azmi Abd Rahim, SAC Nik Md Zain Nik Omar, Asisten Komisioner Datin Laila Sagir dan Deputi Superintendan Iyda Ismail.
Azmi dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Nik Md Zain dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan, Datin Laila dilantik sebagai Ketua Jabatan Logistik&Teknologi manakala Iyda dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.
Majlis Serah Terima Tugas keempat-empat jawatan ketua jabatan PDRM Kontinjen Sabah disaksikan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun di Auditorium IPK Sabah, di sini, hari ini.

Jauteh berkata, keempat-empat penerima yang baharu ini adalah sebahagian besar dari Bukit Aman dan juga negeri-negeri lain dan diucapkan selamat datang kepada mereka.

Katanya, diharap semua pegawai dan anggota terus memberi sokongan dan bergerak dalam satu uniform untuk terus menaikan martabat PDRM sekali gus memberi yang terbaik kepada masyarakat khususnya di negeri ini.
Menurutnya, dalam PDRM ini hendaklah menjadi satu dan tidak jangan sesekali mengambil kredit ataupun bakti yang dilaksanakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi.

“InsyaAllah sepanjang saya menjadi Pesuruhjaya Polis Sabah, sata akan memastikan bahawa yang mendapat kredit itu layak mendapat kredit.
“Oleh itu, saya mengharapkan kita bergerak dalam satu uniform bagi memartabatkan PDRM sekali gus menberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” katanya. – Info X