Search

Peguam nafi kutip sumbangan biayai yuran guaman kes Zara

August 10, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Peguam keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menafikan ada membuat kutipan sumbangan bagi membiayai yuran guaman.

Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai satu komen di aplikasi TikTok yang meminta sumbangan kononnya untuk tujuan berkenaan.

“Kami tidak ada membuat sebarang sumbangan kerana kes ini adalah pro bono iaitu khidmat guaman percuma. Jika ada pihak membuka tabung untuk tujuan itu, ia adalah palsu dan tidak benar,” katanya ketika ditemui di luar perkarangan Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I di sini, hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan daripada kes ini.

Terdahulu, proses bedah siasat terhadap jenazah Zara bermula jam 9 pagi ini dan dijangka mengambil masa lama.

Jenazah akan dibawa ke Sipitang untuk dikebumikan semula sebaik proses itu selesai. – Info X