Search

Pekan Beaufort masih lumpuh akibat banjir

May 5, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Pekan Beaufort masih lumpuh akibat digenangi banjir dengan sebahagian besar premis dan laluan di kawasan kedai lama terjejas, setakat pagi Isnin.

Walaupun paras air Sungai Padas dilapor mula menyusut kepada 9.6 meter pada jam 8 pagi berbanding paras tertinggi lebih 9.9 meter pada Ahad, namun masih melepasi catatan paras bahaya 8.7 meter.

Selain premis perniagaan, antara yang masih terjejas akibat banjir di pekan Beaufort ialah pejabat daerah, stesen kereta api, klinik, stesen minyak dan pejabat pos.

Keadaan stesen kereta api Beaufort yang masih dilanda banjir setakat pagi Isnin. – Foto/Facebook Adrian Jimi

Sementara itu, setakat jam 8 pagi Isnin, seramai 1,627 mangsa daripada 488 keluarga dipindahkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Sook dan Beaufort.

Daerah Sook merekodkan jumlah mangsa tertinggi seramai 1,268 orang daripada 377 keluarga, manakala seramai 359 mamgsa daripada 111 keluarga dipindahkan akibat banjir di Beaufort. – Info X