Search

Pelancong meninggal dunia ditimpa dahan pokok

January 22, 2025

Info X Reporters

SANDAKAN: Seorang pelancong lelaki warga China maut selepas ditimpa dahan pokok dalam kejadian di Rainforest Discovery Center (RDC), di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, mangsa lelaki berusia 74 tahun bersama empat ahli keluarganya dalam perjalanan keluar dari RDC selepas selesai menjalankan aktiviti mengunjungi pusat pelancongan berkenaan.

Bagaimanapun dahan kayu dari sebatang pokok besar terjatuh lalu mengenai kepala mangsa.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, mangsa yang cedera di bahagian kepala kemudian dibawa ke Unit Kecemasan HDOK untuk rawatan.

Dahan pokok yang menimpa mangsa dialihkan dari lokasi kejadian.

Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.28 petang tadi.

“Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik HDOK untuk bedah siasat yang akan dijalankan kira-kira 2 petang esok.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X