Search

Pelancong wanita China maut jatuh dari tingkat 9 hotel

December 7, 2025

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang pelancong wanita warga China maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan sebuah hotel di Jalan Haji Saman, di sini, pagi tadi.

Wanita berusia lingkungan 30-an itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas terjatuh di atas sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan bawah bangunan hotel berkenaan.

Mangsa yang berasal dari Beijing difahamkan sedang bercuti di Kota Kinabalu bersama suaminya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 7 pagi mengenai kejadian itu sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.

Katanya, pemeriksaan awal mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

“Kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai Sudden Death Report (SDR),” katanya. – Info X