Search

Pemandu maut tercampak dari lori balak

March 27, 2023

admin

KALABAKAN: Seorang pemandu lori balak maut selepas tercampak keluar dari kenderaan dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 136 Jalan Kalabakan – Maliau Basin, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa lelaki berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan mendapati lori yang sarat muatan kayu balak dipandu mangsa bergerak dari arah Kalabakan Serudung menuju ke Ladang Brantian untuk menghantar kayu balak berkenaan.

Keadaan kemalangan membabitkan lori balak yang terbabas di Kilometer 136 Jalan Kalabakan-Maliau Basin, Kalabakan. – Foto Media Sosial

Katanya, setiba di lokasi kejadian, lori dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu terbabas dan terseret sejauh 66 meter.

“Impak daripada kejadian itu, mangsa terhumban keluar melalui cermin hadapan yang pecah.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” di sini, hari ini.

Jasmin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tawau untuk proses bedah siasat.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – Info X