Search

Pemandu selamat, kereta dihempap pokok tumbang

October 21, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Seorang lelaki terselamat selepas kereta yang dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Taman Bukit Sepanggar, Jalan Sepanggar, di sini petang tadi.

Pemandu berusia dalam lingkungan 30-an tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Kinabalu, Kapten (PA) Aizex Junior berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.07 petang.

“Setibanya pasukan operasi di lokasi kejadian didapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Alza.

“Pokok tumbang itu turut menghalang dua laluan keluar dan masuk kenderaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pasukan APM memotong dahan yang tumbang dan menghempap kenderaan di Jalan Sepanggar, Kota Kinabalu. – Foto/APM

Menurutnya, anggota operasi kemudian melakukan kerja-kerja pemotongan pokok berkenaan menggunakan gergaji berantai.

“Seterusnya mengalihkan pokok ke tepi jalan bagi memberi laluan kepada pengguna jalan raya.

“Pemandu kereta selamat dan kerosakan kereta 60 peratus pada bahagian bumbung kenderaan.

“Operasi ditamatkan jam 3.12 petang,” katanya. – Info X