KOTA KINABALU: Atlet muda Sabah, Briana June Daya, mencipta sejarah apabila meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Sport Excel/NSC/MILO/NSAM 5th Malaysian Junior Shooting Championship 2025 di Lapang Sasar NSAM, Subang, Selangor, Sabtu lalu.
Kejayaan atlet berusia 19 tahun dari Penampang itu merupakan pingat pertama buat Persatuan Menembak Sabah (SSA) dalam acara 50 meter Rifle Prone Women Junior, sekali gus menjadi detik bersejarah buat arena menembak negeri ini.
Briana berkata, kejayaan itu hasil latihan intensif dan disiplin tinggi yang diamalkan, selain berdepan cabaran apabila terpaksa meminjam senjata daripada Persatuan Menembak Selangor sebelum pertandingan.

Ketua jurulatih pasukan, Dennis Ejoh, menyifatkan kejayaan Briana sebagai simbol kebangkitan sukan menembak Sabah dan inspirasi kepada penembak muda lain untuk terus cemerlang di pentas kebangsaan.
Kategori berkenaan disertai 22 peserta dari lima pasukan dengan penembak Perak, Nurul Ain Murad muncul juara, diikuti Ainul Mardhiah Mohd Yusri di tempat kedua. – Info X