Search

Pengunjung terkejut jumpa mayat tergantung di tangga

September 24, 2024

Info X Reporters

KOTA BELUD: Pengunjung Plaza Alap Bana, di sini gempar apabila satu mayat lelaki ditemui dalam keadaan bergantung di bangunan berkenaan, awal pagi tadi.

Mayat lelaki warga Filipina berusia 24 tahun itu ditemui orang awam sebelum menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, pada 5.58 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati lelaki ditemui tergantung di tangga blok C bangunan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Kota Belud sebaik pemeriksaan dijalankan di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, lelaki terbabit disyaki membunuh diri dengan cara menjerut leher.

“Punca kejadian dipercayai lelaki itu
mengalami masalah peribadi.

“Kes diklasifikasi sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya. – Info X