Search

Pengurus kilang ditemui meninggal dunia di Kunak

March 28, 2025

Info X Reporters

KUNAK: Seorang pengurus kilang baja di Kampung Tapang Air, di sini, meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kejadian kebakaran melibatkan tandan sawit, semalam.

Lelaki berusia 68 tahun terbabit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Kunak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohamad Omar Batha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 5.11 petang.

Katanya, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 14 kilometer dari BBP Kunak.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlaku kebakaran yang melibatkan timbunan tanda sawit.

“Pemeriksaan lanjut kemudiannya menemukan seorang mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kejadian itu.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba meneruskan operasi memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran air dari sumber tangki jentera.

“Pasukan bomba menjalankan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kebakaran selamat, sebelum operasi ditamatkan pada jam 11.55 malam,” katanya. – Info X