KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata, penyudah yang tumpul menjadi faktor pasukannya kecundang 0-2 kepada KL City FC dalam aksi Liga Super di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, semalam.
Katanya, walaupun Sabah FC mengawal permainan dengan baik terutama di separuh masa kedua, namun, kegagalan bahagian serangan untuk menghasilkan gol mengakibatkan mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.
“Kita tidak menyempurnakan peluang yg ada, kalau todam jaringkan gol sudah tentu kita tidak pulang dengan sebarang mata.
“KL City FC belum pernah menang sebelum ini, mereka lebih kepada serangan balas dan mereka lakukannya dengan cukup baik.
“Gol pertama mereka terhasil kerana kelalaian kita dan ianya satu kesilapan yang sukar diterima, begitu juga dengan gol kedua….apabila mereka (pemain Sabah FC) cuba dapatkan gol tapi penyudah tumpul manakala KL berjaya bertahan dengan baik,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan itu, semalam.
Dalam aksi malam tadi, KL City FC meraih tiga mata pertama musim ini selepas menundukkan Sabah FC 2-0.
T. Saravanan menjaringkan gol pendahuluan pada babak pertama manakala Sean Giannelli memastikan kemenangan milik KL City dengan gol kedua di masa tambahan permainan. – Info X