KOTA KINABALU: Persatuan Insan Cahaya Harapan menyampaikan sumbangan berbentuk 400 karton air mineral dan bakul makanan kepada mangsa banjir, baru-baru ini.
Presidennya, Liew Yen Wee berkata, sumbangan yang disampaikan itu bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir di beberapa kawasan terpilih.

“Kita menyampaikan sumbangan berbentuk 200 bakul makanan di Kampung Kolopis Penampang pada Sabtu.
“Keesokan harinya pula kita meneruskan pemberian sumbangan sebanyak 200 karton air mineral dan bakul makanan kepada penduduk terjejas di Kampung Tambulaong, Tamparuli,” katanya.
Beliau juga mengharapkan agar lebih banyak aktiviti seumpama yang boleh dijalankan pada masa hadapan dan menyarankan agar pihak lain turut menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan.
Turut hadir dalam operasi ini ialah Penolongnya Kon Che Soon dan Setiausaha Tonny Lim. – Info X