Search

PERSIAPAN PESTA KAAMATAN BERJALAN LANCAR

May 24, 2022

admin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Jeffrey Kitingan memaklumkan semua persediaan bagi menyambut Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah tahun ini berjalan lancar.

“Semua persiapan untuk Majlis Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah kini masih berlangsung dan semuanya mengikut yang sudah dipersetujui.

“Setakat ini, pelancaran sudah diadakan pada 1 Mei lalu dan semua daerah sudah melaksanakan Pesta Kaamatan di peringkat daerah masing-masing.

“Walaupun sambutan Kaamatan tahun ini lebih meriah serta mempunyai kelonggaran daripada tahun sebelumnya namun kita masih mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan,” katanya.

Jeffrey berkata demikian ketika ditemui pada sidang media sambutan Pesta Kaamatan, di sini, pada Selasa.

Terdahulu, Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah dijangkakan bakal berlangsung di Dewan Hongkod Koisaan KDCA pada 30 Mei ini. – Info X