Search

Persidangan Gagasan Rakyat di SICC pada 8-10 November

November 4, 2024

Info X Reporters

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan Persidangan Agung Tahunan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada 8 hingga 10 November ini.

Persidangan itu akan dirasmikan Ketua Menteri selaku Presiden Gagasan Rakyat pada 10 November.

Sebelum itu, persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis akan diadakan pada 9 November dengan dirasmikan Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun.

Hari ini, satu mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat yang dipengerusikan Hajiji diadakan di SICC yang antara lain membincangkan persediaan persidangan agung parti itu.

Mesyuarat itu dihadiri Masidi Manjun; Naib Presiden, Datuk Rubin Balang dan Datuk Masiung Banah; Ketua Wanita, Datuk Redonah Bahanda; Ketua Pemuda, Datuk Fairuz Renddan dan Ketua Beliawanis, Emmie Martin Idang.

Hajiji mempengerusikan mesyuarat AMT Gagasan Rakyat di SICC.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi; Bendahari Agung, Datuk Seri Gulamhaidar Khan Bahadar dan Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Gagasan Rakyat ialah parti komponen utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menerajui kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH) Plus. – Info X