KOTA KINABALU: Pertunjukan bunga api menerangi ruang udara Luyang pada 2 Februari lalu sebagai simbolik kejayaan KTI Landmark Berhad melaksanakn projek The Logg, di sini.
KTI merayakan kejayaan itu bersama komuniti Luyang bagi menyaksikan pertunjukan yang dilancarkan dari tingkat 36 Hotel Avani Luyang di The Logg yang sedang dalam pembinaan.
CEO Kumpulan dan Pengarah Urusan KTI Landmark Berhad, Datuk Dr Gordon Loke, berkata apabila siap Hotel Avani Luyang akan akan dilengkapi kolam renang yang menakjubkan dan bar di atas bumbung.

“Tetamu akan terpesona dengan pemandangan yang memukau, memberikan gambaran pengalaman bertaraf dunia yang akan ditawarkan oleh The Logg pada masa hadapan.
“Acara ini bukan sahaja melambangkan perpaduan dan kemajuan tetapi juga mempamerkan kemudahan menarik yang akan mentakrifkan semula landskap gaya hidup Luyang tidak lama lagi,” katanya.

Beliau juga menyatakan rasa syukur dan kegembiraannya melihat komuniti berkumpul untuk acara ini.
“Melihat keluarga, rakan-rakan, dan jiran-jiran berkumpul untuk menikmati bunga api sangat mengharukan.
“Ini lebih daripada sekadar perayaan untuk pencapaian KTI, ia adalah mengenai berkongsi detik-detik ini bersama orang-orang yang menjadikan Luyang begitu istimewa,” katanya. – Info X