Search

Pikap terbabas: seorang maut, seorang lagi cedera

November 24, 2025

Info X Reporters

KENINGAU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas pikap yang dinaiki mereka terbabas ke bahu jalan di Jalan Bakiau Bypass, di sini, petang tadi.

Mangsa yang cedera ialah seorang lelaki berusia 27 tahun, manakala identiti mangsa yang maut masih belum dikenal pasti.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, kemalangan membabitkan sebuah pikap terbabas sendiri ke bahu jalan.

“Terdapat dua orang mangsa dilaporkan terbabit. Seorang mangsa telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan manakala seorang lagi mangsa berada di dalam kenderaan.

“Pasukan EMRS bomba memberi rawatan awal kepada mamgsa yang tercampak keluar dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS bomba bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berada di dalam kenderaan dikeluarkan menggunakan stretcher dan disahkan meninggal dunia dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain yang wujud di lokasi, operasi ditamatkan,” katanya. – Info X