Search

PM dijangka hadir rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri

April 27, 2023

admin



KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, Ahad ini.

Pengerusi penganjur, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, perdana menteri telah menerima jemputan daripada pihak kerajaan negeri ke majlis yang akan bermula seawal jam 10.00 pagi itu.

“Perdana Menteri akan bersama-sama Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan barisan kabinet negeri pada sambutan itu nanti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ariffin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke SICC bersempena dengan sambutan berkenaan.

“Orang ramai turut dijemput ke rumah terbuka itu yang bermula pada jam 10 pagi,” katanya. – Info X